NUFFNaNG

PeNGiKuT Saya

PeMBuKa BiCaRa

Thursday, January 27, 2011

tips bercuti di luar kawasan

1. Perancangan awal untuk bercuti dapat mengelakkan kesulitan seperti kelepasan bekerja,tempahan hotel atau resort,pakej percutian yang menarik dan bajet yang mencukupi.
2. Layari internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan perancangan percutian anda sekeluarga.
3. Mendidik anak-anak bertanggungjawab bersama dalam menjaga perhubungan kekeluargaan dan harta benda persendirian mahupun milik awam .
4. Rancang percutian keluarga menjadi lebih bermakna dan membawa kenangan manis.Masa ketika bersama keluarga tidak ada komitment lain seperti urusan kerja mahupun persekolahan atau kelas tambahan anak.
5. Jika perlu,anda benarkan anak membawa alat permainan bagi menghilangkan rasa bosan dalam kenderaan atau ketika percutian nanti.
6. Senaraikan barangan keperluan,ubat-ubatan serta dokumen penting untuk dibawa untuk percutian dan elakkan daripada memberatkan beg.
7. Jaga kesihatan dan rehat secukupnya khusus untuk perjalanan jauh.
8. Bawa kamera untuk merakam detik indah bersama keluarga tersayang.
9. Gunakan buku panduan dan peta unntuk mendapatkan maklumat lokasi menarik untuk dikunjungi.
10. Elakkan memakai perhiasan diri yang mahal ketika ikuti perjalanan jauh.
11. Pastikan kenderaan persendirian dalam keaadaan baik dari segi insurans,enjin,tayar dan brek.

No comments:

Post a Comment

LiNK WiTHiN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNaNG

NUFFNaNG X-CHaNGe