NUFFNaNG

PeNGiKuT Saya

PeMBuKa BiCaRa

Friday, March 26, 2010

bahagia di dunia dan akihirat

sesungguhnya kebahagiaan itu ialah
anda hidup untuk pemikiran yang benar dan kukuh
untuk akidah yang terbesar yang menyelesaikan
permasalahan alam yang lampau
persoalan yang tertanya-tanya semasa mereka sedar
dan cerdik boleh berfikir
DARI MANAKAH AKU DATANG??
KEMANAKAH AKU HENDAK PERGI??
KENAPA AKU DIJADIKAN??
ADAKAH AKU HIDUP KEMBALI??

hanya jalan itu,tak ada yang lain
sudah puas kita melihat natijah insan-insan
yang mempertuhankan nafsunya
segala tindakan melulu
tanpa langsung berasaskan wahyu
oh!!
hanyalah jalan itu,tak ada yang lain
ROSAK DIRI,ROSAK JIWA
RESAH SINI,RESAH SANA
tak sudah-sudah penyelesaian masalah
tak kemana

lalu
bersinarlah keyakinan di dalam jiwa
terusir segala keraguan yang degil
terdidiklah fikiran yang waras
terciptalah akhlak yang mulia
dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng
kepada jalan yang benar dan lurus
hidupmu akan dikurniakan nilai
oleh tuhanmu agar hidupmu terbina
supaya matamu memandang
disegala ufuk
ke arah cita-cita yang tinggi
lalu hiduplah kamu didunia untuk AKHIRAT
disanalah kamu hidup kekal dan tidak fana

kau tudung bumimu dengan langit
dan para malaikat menjadi saksi
itulah akidah islam untuk muslim yang bahagia
itulah asas,itulah tiang serinya
sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik
dngan mana-NYA
sambil melaungkan kalimah tauhid-NYA
maka YAKINLAH....YAKINLAH....
sesungguhnya dialah orang yang BERBAHAGIA

No comments:

Post a Comment

LiNK WiTHiN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNaNG

NUFFNaNG X-CHaNGe