NUFFNaNG

PeNGiKuT Saya

PeMBuKa BiCaRa

Tuesday, March 16, 2010

Ada Bahagia Dalam Derita

Pernah,
Sahabat Baginda menangis,
“Adakah Tuhan lupakan aku?”
ahhh…

Namun kini,
manusia marah padaNya,
menyalahkan takdirNya,
melanggar perintahNya,
bila ditimpa derita,

oh hamba…
dasar entiti tak mengenang jasa…

Bencana dan malapetaka,
bukankah satu dari rahmatNya?
tanda kasih Tuhan pada hambaNya?

Biar derita,
kerana itu bahagia bagi mereka,
Siapa?
Merekalah para pencinta Rabb..

Wahai hamba…
bangkitlah dikala gelita,
renungi nebula triangular,
ditemani si Andromeda,
ciptaan Maha Kuasa.

Sedari diri kita,
terima segala ujianNya,
syukuri segala nikmatNya,
pasti kau temui,
bahagia dalam derita…

No comments:

Post a Comment

LiNK WiTHiN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNaNG

NUFFNaNG X-CHaNGe