NUFFNaNG

PeNGiKuT Saya

PeMBuKa BiCaRa

Saturday, April 23, 2011

mujahid islam


Jadilah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhdap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu dan daharga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak gentar untuk berkata benar dan melawan nafsu
Yang sentiasa bersama pejuang-pejuang fisabilillah

Jadilah seorang lelaki
Yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu dan harta yang dimilikinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh
Yang bersifat jembalang

Jadilah seorang lelaki
Yang menghormati dan berbakti kepada ibu bapanya
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat


Jadilah seorang lelaki
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Jadilah seorang lelaki
Yang tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana membaca Al-Quran
Suaranya lesu kerana penat berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan dan usianya bertambah kematangan

Jadilah seorang lelaki
Yang sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Jadilah seorang lelaki
Yang tidak terpersona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga Allah

No comments:

Post a Comment

LiNK WiTHiN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNaNG

NUFFNaNG X-CHaNGe