NUFFNaNG

PeNGiKuT Saya

PeMBuKa BiCaRa

Wednesday, February 9, 2011

Insan itu tiada lain hanya kelalaian


Tidaklah dinamakan insan
Melainkan kerana kelalaian
Sepanjang hayatnya mencari loba mencari
Tetapi tidak mengertai apa yang ditemukan
Dalam perjalanan
Ialah pemburu menjejak bayangan
Fatamorgana kelihatan fana menghilang

Siapakah yang benar-benar bersedia dengan kepastian
Melainkan tiba masanya
Semuanya berkesalan
Tanyalah pada yang hamper pergi
Adakah dengan umurnya mamadai
Melainkan pada wajahnya terbayang harapan
Hajatnya mohon di tangguh
Kerana keluarga,harta dan kasih sayang
Sauh hidup yang sukar dibongkar
Padahal diketahui semua nisbi

Insan ini amat cinta pada kesementaraan
Seribu tahun kalau diberi belum kecukupan
Kesal datang berulang lagi
Tiada guna ditangisi tempahan amalan
Insane itu tiada lain hanya kelalaian




No comments:

Post a Comment

LiNK WiTHiN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNaNG

NUFFNaNG X-CHaNGe